Yayasan Bujang ditubuhkan pada 2018 bertujuan untuk menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberikan kemudahan pendidikan kepada pelajar golongan asnaf dan golongan B40 dengan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka. Di samping itu, bantuan kebajikan dan kemasyarakatan juga diberikan kepada masyarakat terutama golongan asnaf dan B40.
INFORMASI TERKINI YAYASAN BUJANG
Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) telah meluluskan permohonan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967. Dengan kelulusan ini derma wang tunai kepada Yayasan Bujang layak diberi potongan dalam mengira pendapatan agregat pendermanya tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah peruntukan ini dan semua pendapatan Yayasan Bujang pula layak mendapat pengecualian cukai pendapatan ke atas semua pendapatannya di bawah subsubperenggan 13(1)(a), Jadual 6 ACP 1967.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan atau derma sila hubungi kami di talian 07-2300033.