Sukacita dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) telah meluluskan permohonan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967.
Dengan kelulusan ini derma wang tunai kepada Yayasan Bujang layak diberi potongan dalam mengira pendapatan agregat pendermanya tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah peruntukan ini dan semua pendapatan Yayasan Bujang pula layak mendapat pengecualian cukai pendapatan ke atas semua pendapatannya di bawah subsubperenggan 13(1)(a), Jadual 6 ACP 1967.
Untuk makluman tempoh kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP_1967 bagi Yayasan Bujang ialah selama 5 tahun mulai 1 Oktober 2025 hingga 30 September 2030
Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, sila hubungi kami di talian 07-2300033.