YAYASAN BUJANG

LATAR BELAKANG YAYASAN BUJANG

Yayasan Bujang ditubuhkan pada tahun 2018. Ia diterajui oleh dua orang pengasas iaitu Puan Hajah Mardiana Binti Mohamed dan Tuan Haji Mesnor Bin Bujang serta dibantu oleh 11 orang kakitangan pengurusan. Organisasi ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti kebajikan Tuan Haji Mesnor yang pada mulanya dijalankan sendiri pada tahun 2014.

Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk menjalankan aktiviti sosial dan ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberikan kemudahan pendidikan kepada pelajar golongan asnaf dan golongan B40 dengan menyediakan bantuan kewangan kepada mereka.

Yayasan Bujang juga memberikan bantuan kepada masyarakat terutama golongan asnaf, ibu tunggal, sahabat jalanan, pertubuhan serta badan-badan persatuan dari segi kebajikan dan kemasyarakatan. Selain itu, bantuan perubatan dan bantuan bencana alam turut disalurkan kepada golongan yang terkesan. Kini Yayasan Bujang bergiat aktif dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan sasar tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan bagi meringankan beban mereka.

CARTA ORGANISASI YAYASAN BUJANG

MISI VISI DAN OBJEKTIF

MISI

 

Menjadi yayasan yang proaktif dan produktif dalam membantu masyarakat dari golongan asnaf dan B40 bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Menyediakan bantuan pendidikan kepada para pelajar dari golongan asnaf dan B40  bagi membangunkan masyarakat berilmu dan progesif.

VISI

Menjadi sebuah yayasan yang unggul, diyakini dan dihormati dalam membela serta membangunkan kelestarian golongan memerlukan.

OBJEKTIF

Membantu meringankan beban golongan asnaf, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), pelajar, anak yatim dan keluarga yang ditimpa kesusahan yang memerlukan bantuan makanan, bantuan kewangan, bantuan perubatan, keperluan kebajikan dan pendidikan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Scroll to Top