Program Bantuan Awal Persekolahan ini bertujuan membantu meringankan beban golongan keluarga asnaf untuk meningkatkan taraf pendidikan. Antara bantuan yang disediakan ialah seperti bantuan bayaran yuran sekolah, bantuan buku sekolah, baju sekolah dan barangan keperluan dan kelengkapan harian persekolahan.
Antara yang menerima Bantuan Awal Persekolahan ini adalah pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara di Negeri Perak.
Keluarga asnaf di Johor Bahru turut menerima bantuan yang disediakan.